mutakhir

Warga Myanmar cedera ditimpa runtuhan rumah

Oleh Rosman Shamsudin

Tapah: Dua lelaki warga Myanmar cedera selepas rumah pekerja didiami ditimpa sebatang pokok susulan kejadian tanah runtuh di Jalan Temoh Batu 3, dekat sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) Perak berkata, pihak bomba menerima maklumat berhubung kejadian pada 6.45 petang.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba didapati berlaku runtuhan tanah berdekatan rumah pekerja menyebabkan sebatang pokok tumbang menghempap rumah itu.

"Terdapat dua mangsa dipercayai tersepit di bawah runtuhan rumah dan mereka berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kedua-dua mangsa cedera di kaki dan diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan selanjutnya.

Disiarkan pada: February 14, 2023 @ 9:33pm
d