mutakhir

Gerhana matahari separa kelihatan jelas

Oleh Johary Indan

Tuaran: Gerhana matahari separa jelas kelihatan di beberapa lokasi di Tuaran dan Tamparuli, hari ini akibat cuaca baik.

Bagaimanapun, tidak ramai yang mengambil peluangan menyaksikan fenomena itu yang bermula 11 pagi hingga selewat-lewatnya 2 petang, di Sabah.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam satu kenyataan, berkata, di Kota Kinabalu, Sabah permukaan matahari ketika maksimum adalah pada kadar satu peratus hingga 34 peratus dan yang tertinggi 43 peratus di Tawau.

Di Tamparuli, penduduk etnik Suang Lotud mengada ritual sempena gerhana matahari itu di Kampung Bantayan, yang mengikut kepercayaan mereka berharap fenomena itu tidak mendatangkan sebarang musbih kepada mereka.

Di Tawau, cermin mata gerhana percuma diedarkan di kedua-dua lokasi bagi membolehkan pengunjung menyaksikan fenomena itu dengan selamat.

Disiarkan pada: April 20, 2023 @ 1:20pm
d