Permotoran

Binder ungguli perlumbaan pecut GP Sepanyol

Oleh AFP

Jerez: Pelumba Afrika Selatan, Brad Binder memenangi saingan pecut Grand Prix (GP) Sepanyol selepas mengenepikan penyandang juara dunia, Francesco Bagnaia.

Binder dari KTM, menamatkan perlumbaan 0.48 saat (s) mengatasi Bagnaia yang menunggang Ducati.

Bagnaia mengatasi rakan senegara, Marco Bezzecchi bagi kedudukan keseluruhan setahun ini selepas pelumba Mooney Ducati itu hanya meraih satu mata.

Pelumba Sepanyol, Aleix Espargaro, yang mendominasi sesi latihan dan ujian masa sepanjang dua hari, terbabit dalam kemalangan pada pusingan keenam.

Disiarkan pada: April 29, 2023 @ 10:57pm
d