Eropah

Rusia, Myanmar antara yang tidak diundang ke pertabalan Raja Charles

Oleh Reuters

London: Menjelang pertabalan Raja Charles, 6 Mei ini, Britain dilapor tidak mengeluarkan jemputan kepada pemimpin Rusia, Belarus, Iran, Myanmar, Syria, Afghanistan dan Venezuela.

Menurut sumber, ketua-ketua negara dari negara lain yang mempunyai hubungan diplomatik penuh dengan Britain sudah dijemput, begitu juga dengan wakil kerajaan British dan wilayah luar negara.

Jemputan juga diberikan kepada diplomat kanan, berbanding ketua negara bagi Korea Utara dan Nicaragua.

Upacara pertabalan Raja Charles akan berlangsung di Westminster Abbey, dengan 2,200 tetamu dijangka hadir.

Baginda menjadi raja selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II, iaitu monarki Britain yang paling lama bertakhta dalam sejarah Britain, pada usia 96 tahun.

Disiarkan pada: May 3, 2023 @ 7:41am
d