Eropah

Tahan lelaki lempar 'kartrij senapang patah' di Istana Buckhingham

Oleh Bernama-Anadolu

London: Seorang lelaki ditahan, semalam selepas melemparkan objek yang dipercayai 'kartrij senapang patah' di pekarangan Istana Buckingham, kata Polis Metropolitan London.

Suspek ditahan pihak berkuasa keselamatan kira-kira jam 7 malam waktu tempatan (1800GMT) selepas dia menghampiri pintu pagar istana, menurut Agensi Anadolu.

"Lelaki itu kini dalam tahanan polis.

"Tiada laporan mengenai sebarang tembakan dilepaskan atau sebarang kecederaan kepada anggota keselamatan atau orang awam. Pegawai masih berada di tempat kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan," kata Ketua Superintendan Joseph McDonald dalam satu kenyataan.

Insiden itu berlaku beberapa hari sebelum istiadat pertabalan Raja Charles III pada Sabtu ini.

Tahap keselamatan di ibu negara dipertingkat untuk pertabalan pertama Britain dalam tempoh hampir 70 tahun.

Disiarkan pada: May 3, 2023 @ 12:50pm
d