mutakhir

Muhammad Sanusi mohon pembubaran Dun Kedah pagi ini

Oleh M Hifzuddin Ikhsan

Alor Setar: Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pagi ini, menghadap Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bagi memohon perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah.

Kenderaan rasmi membawa Muhammad Sanusi dilihat memasuki perkarangan Wisma Darul Aman pada 10.22 pagi dengan beliau sempat melambai ke arah petugas media.

Sultan Sallehuddin bersama rombongan kemudian dilihat memasuki Wisma Darul Aman menaiki kenderaan rasmi baginda pada 10.26 pagi.

Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah dijangka mengadakan sidang media bagi memaklumkan pembubaran DUN Kedah pada tengah hari ini.

1

Mandat Dun Kedah dijadual tamat tempoh pada 4 Julai depan dengan Muhammad Sanusi dijangka membubarkannya pada 28 Jun ini bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan dalam tempoh 90 hari.

Kedah memiliki 36 kerusi DUN yang menyaksikan PN menguasai 20 kerusi (PAS-14, Bersatu-6) diikuti Pakatan Harapan (PH) yang memiliki 10 kerusi (PKR-5, Amanah-3, DAP-2), sementara Barisan Nasional (BN) dan Pejuang masing-masing dua kerusi.

Disiarkan pada: June 25, 2023 @ 10:50am
d