mutakhir

Sultan Johor kurnia 100 lembu korban sempena Aidiladha

Oleh Mary Victoria Dass

Johor Bahru: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar perkenan mengurniakan 100 lembu sempena Aidiladha.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kurniaan ini diagihkan ke daerah dan agensi di seluruh negeri Johor.

Menurutnya, ia diagihkan kepada golongan yang memerlukan.

"Semoga kurniaan berkenaan sedikit sebanyak dapat menceriakan setiap penerima pada Hari Raya Aidiladha ini, insya-Allah.

"Patik dan seluruh Bangsa Johor mendoakan semoga sultan Johor serta seluruh keluarga DiRaja Johor sentiasa dilindungi Allah SWT, dilimpahkan rahmat, kemuliaan serta dikurniakan kesihatan yang baik, dilanjutkan usia," katanya menerusi siaran media hari ini.

Disiarkan pada: June 29, 2023 @ 9:21pm
d