mutakhir

Mohd Syahir tolak berdebat dengan Rafizi

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim

Kota Bharu: Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman mengambil keputusan mengikut jejak Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor berhubung pelawaan debat daripada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli.

Mohd Syahir yang juga Penolong Setiausaha Agung Pas berkata, beliau sudah menerima emel daripada pejabat Menteri Ekonomi.

"Mengenai jemputan debat, saya sudah menerima emel daripada Pejabat Menteri Ekonomi dan saya juga sudah memberikan jawapan.

"Dalam tempoh ini, saya menurut jejak 'senior' saya iaitu YAB Sanusi," katanya menerusi Facebook.

Semalam, Rafizi mencabar Mohd Syahir untuk berdebat dengannya mengenai hal ehwal ekonomi.

Cabaran itu diutarakan oleh Rafizi selepas bekas Menteri Kanan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menolak berdebat dengannya.

Disiarkan pada: July 31, 2023 @ 2:31pm
d