mutakhir

Mohd Syahir akhirnya setuju berdebat dengan Rafizi

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim

Kota Bharu: Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman hari ini mengubah keputusan apabila bersetuju untuk berdebat dengan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli.

Mohd Syahir yang juga Penolong Setiausaha Agung Pas berkata, keputusan itu dibuat selepas pertimbangan semula selain mendapat keizinan pucuk pimpinan.

"Selepas mempertimbangkan semula jemputan Menteri Ekonomi dan mendapat keizinan pucuk pimpinan, maka saya dengan ini menyatakan persetujuan tanpa sebarang syarat.

"Justeru pemilihan tarikh, moderator, format, dan media, saya serahkan kepada pihak Rafizi untuk tetapkan.

"Pemilihan tajuk saya cadangkan, 'Malaysia Lebih Baik', terima kasih," katanya yang memuatnaik kandungan emel yang dihantar kepada Rafizi di Facebook.

Semalam, Mohd Syahir menolak pelawaan untuk berdebat dan mengambil keputusan mengikut jejak Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor.

Disiarkan pada: August 1, 2023 @ 12:35pm
d