Asia

7 maut dihanyutkan limpahan sungai

Oleh BERNAMA

Beijing: Tujuh orang maut akibat limpahan sungai secara mengejut di bandar Yaan di wilayah Sichuan, barat daya China, Sputnik memetik laporan China Central Television pada Rabu.

Lebih 12 orang pelancong sedang mengambil gambar di hadapan sungai sebelum ia tiba-tiba melimpah dan menghanyutkan orang ramai, lapor penyiar itu, sambil menambah empat mangsa berjaya diselamatkan.

Biro keselamatan awam tempatan dan bomba meneruskan operasi mencari dan menyelamat, kata laporan itu lagi.

Disiarkan pada: August 10, 2023 @ 8:41am
d