Eropah

Gunung berapi Etna Sicily meletus

Oleh Bernama-Dpa

Rom: Penerbangan keluar dan masuk dari Lapangan Terbang Catania di Itali digantung pada pagi Isnin susulan letusan gunung berapi Gunung Etna, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik syarikat pengurusan lapangan terbang itu.

Sac, syarikat yang mengurus lapangan terbang itu berkata penerbangan digantung sehingga 1 tengah hari (1300 GMT).

Gunung Etna di pulau Sicily Itali adalah antara gunung berapi paling aktif di dunia dan kerap meletus.

Pada ketinggian lebih 3,300 meter, gunung berapi itu adalah antara yang tertinggi di Eropah.

Disiarkan pada: August 14, 2023 @ 4:20pm
d