Bola Sepak

Neymar kaut RM2.5j setiap 'post' di Instagram

Oleh Agensi

London: Bintang bola sepak Brazil Neymar bakal dibayar £430,000 (RM2.52 juta) setiap hantaran di Instagram yang mempromosikan Arab Saudi seperti terkandung dalam kontraknya dengan Al-Hilal.

Pemain Paris Saint-Germain itu dijangka menandatangani kontrak dua tahun dan muncul pemain berprofil tinggi terbaru berpindah ke negara Teluk terbabit.

Neymar menjalani ujian perubatan semalam dan semakin hampir melengkapkan perpindahan £73 juta (RM427.53 juta) dengan Mail Sport difahamkan dia bakal dibayar £130 juta (RM761.36 juta) setahun.

Namun menurut media Perancis FootMercato, termasuk dalam jumlah itu ialah bonus £70,000 (RM413,000) setiap kemenangan kelab berpangkalan di Riyadh itu selain £430,000 setiap hantaran di media sosial yang mempromosi Arab Saudi.

Neymar kini mempunyai 62.5 juta pengikut di media sosial platform X dan 212 juta pengikut Instagram.

Disiarkan pada: August 15, 2023 @ 10:54pm
d